Site icon TechNave BM

Apple disaman kerana bacaan tidak tepat pada Apple Watch untuk orang berkulit gelap

Tuntutan saman secara berkumpulan telah mendakwa pengesan oksigen darah pada Apple Watch tidak diformatkan untuk mengambil kira warna kulit yang lebih gelap di mana ia gagal mengukur tahap oksigen darah dengan tepat untuk orang berkulit gelap.

Saman itu difailkan Alex Morales pada minggu lepas kerana beliau mendapati bahawa Apple Watch gagal mengesan tahap oksigen dalam darah kerana kulitnya yang gelap. Morales telah membeli Apple Watch antara 2020 dan 2021.

Oksimeter nadi telah wujud sejak tahun 1970-an dan menggunakan cahaya untuk mengesan tahap oksigen. Tetapi sejak penghasilannya, kecenderungan yang wujud menunjukkan oksimeter nadi pada ton kulit yang lebih gelap telah menjadi isu penting dalam komuniti perubatan.

Ogos lalu, para penyelidik cuba membangunkan pembaca oksigen yang berfungsi secara konsisten pada warna kulit yang lebih gelap. Ciri pengesan oksigen darah yang terdapat pada Apple Watch sepatutnya berfungsi pada semua jenis kulit dengan empat kelompok lampu LED berada di bahagian bawah jam.

Apple juga menyebut ukuran ini tidak bertujuan untuk kegunaan perubatan dan hanya direka untuk menggantikan peranti perubatan sebenar. Namun, Apple masih belum mengeluar kenyataan rasmi tentang saman ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmodo

Exit mobile version