Site icon TechNave BM

Apple Event pertama pada tahun ini mungkin berlaku pada 23 Mac

Apple mungkin akan menganjurkan acara Apple Event pertama untuk tahun ini pada hari Khamis, 23 Mac 2021. Tarikh ini didedahkan oleh beberapa pengkhabar maklumat yang sinonim dengan berita peranti Apple.

Dalam acara itu, Apple dijangka akan melancarkan versi terbaru untuk iPad dan fon telinga wayarles AirPods serta aksesori penjejak AirTags. Apple juga dijangka akan memperkenalkan komputer iMac baru selepas iMac Pro yang terkini tidak lagi dikilangkan dan Apple sedang menjual stok terakhir.

Sebelum ini, acara pertama Apple dijangka akan berlaku pada 16 Mac namun wartawan Bloomberg, Mark Gurman, telah menyanggah kemungkinan tersebut. Seperti tahun lepas, Apple Event tahun ini mungkin akan dilakukan secara siaran langsung dalam laman web dan saluran YouTube rasmi Apple.

Kali terakhir Apple menganjurkan Apple Event pada bulan Mac adalah pada 2019 di mana mereka melancarkan Apple TV+ dan Apple Arcade. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mac Rumours

Exit mobile version