Site icon TechNave BM

Apple Fitness+ bakal dilancar pada iOS 16.1 dan tvOS 16.1 tanpa memerlukan Apple Watch

Dalam beta kedua iOS 16.1 yang masih dalam ujian, pengguna Jadyn Daniel menyedari bahawa mengenai langganan Apple Fitness+ pada iPhone tanpa mempunyai Apple Watch.

Dalam beta kedua tvOS 16.1 untuk Apple TV, ketua penyunting Screen Times Sigmund Judge mengatakan pengguna boleh menyambungkan iPhone untuk senaman Apple Fitness+ tanpa memerlukan Apple Watch.

Apple telah mengumumkan bahawa Fitness+ akan dilancarkan kepada pengguna iPhone yang tidak memiliki Apple Watch mulai selepas musim gugur di semua 21 negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Austria, Brazil, Kanada, Colombia, Perancis, Jerman, Indonesia, Ireland, Itali, Malaysia, Mexico, New Zealand, Portugal, Rusia, Arab Saudi, Sepanyol, Switzerland, UAE dan UK.

Apple Fitness+ menampilkan perpustakaan yang mengandungi lebih 3,000 video senaman dan meditasi dengan tambahan kandungan baharu setiap minggu. Aplikasi Fitness+ ini boleh didapati pada iPhone, iPad dan Apple TV bermula dengan harga RM19.90 sebulan. Namun begitu, beberapa ciri yang terdapat pada Apple Watch tidak didapati oleh pengguna iPhone.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version