Site icon TechNave BM

Apple Fitness+ bawa kemas kini baharu termasuk Kickboxing, Sleep & tema meditasi baharu

Hari ini, Apple mengumumkan bahawa Kickboxing kini boleh didapati di Apple Fitness+. Selain itu, terdapat juga tema meditasi baharu iaitu Tidur (Sleep) dan program Pengenalan kepada Meditasi untuk Tidur (Introduction to Meditations for Sleep) yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Mulai 9 Januari, Fitness+ akan menambah Kickboxing sebagai jenis senaman kardio keseluruhan badan baharu. Memandangkan ia adalah Kickboxing, tiada peralatan diperlukan dan latihan akan berlangsung selama 10, 20 atau 30 minit. Kickboxing akan diketuai oleh dua jurulatih Fitness+, Jamie-Ray Hartshorne dan pejuang Muay Thai, Nez Dally.

Ciri Sleep akan ditambah pada senarai Meditasi bersama sembilan tema lain. Ciri ini akan ditambah setiap minggu dan setiap latihan boleh dilakukan sebagai sebahagian daripada rutin merehatkan diri. Introduction to Meditations for Sleep juga akan dilancarkan dan ia terdiri daripada empat meditasi selama 20 minit yang diakhiri dengan lima minit muzik santai.

Selain itu, album baharu Beyonce iaitu RENAISSANCE turut menyertai Apple Artist Spotlight. Pada hari Isnin, 9 Januari, tujuh latihan baharu yang menampilkan muzik penyanyi itu akan disediakan untuk aktiviti Berbasikal, Tarian, HIIT, Pilates, Kekuatan, Treadmill dan Yoga. Foo Fighters akan mula disediakan pada 16 Januari dan Bad Bunny pada 23 Januari 2023.

Akhir sekali, Fitness+ juga memperkenalkan dua koleksi baharu iaitu 6 Minggu untuk Memulakan Semula Kecergasan Anda (6 Weeks to Restart Your Fitness) pada 9 Januari dan Meningkatkan Latihan Teras Anda (Level Up Your Core Training) pada 23 Januari ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version