Site icon TechNave BM

Apple, Google dan Amazon menubuhkan projek Connected Home over IP untuk produk smart home

Gaya hidup pintar kini berkembang dengan pantas. Pasaran di seluruh dunia yang ingin menikmati gaya hidup pintar membuatkan syarikat teknologi memerah idea untuk memenuhi permintaan pasaran. Terkini, Apple, Google dan Amazon mengumumkan rancangan mereka untuk membangunkan standard teknologi bagi produk rumah pintar atau lebih dikenali dengan smart home di pasaran.

‘Connected Home over IP’ merupakan projek khusus untuk menembusi pasaran ekosistem pintar yang kini didominasi oleh pelbagai jenama. Rancangan ini membenarkan Alexa, Siri dan Google Assistant berhubung sesama mereka. Hal ini selari dengan matlamat projek untuk mempertingkatkan kepuasan pengguna dalam menikmati produk rumah pintar yang sebelum ini mempunyai masalah perhubungan.

Bayangkan jika terdapat produk rumah pintar dengan servis bantuan digital seperti Alexa, Siri dan Google Assistant yang tidak dapat berhubung di antara satu sama lain. Pengguna tidak akan mengalami masalah sama dengan rancangan ini.

Menariknya, menurut Reuters projek baru ini turut melibatkan Zigbee Alliance (ahli dalam Zigbee Alliance yang paling dikenali rakyat Malaysia adalah IKEA).

Adakah anda memiliki salah satu peranti rumah pintar? Beritahu di laman Facebook kami dan nantikan berita teknologi terkini dari Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: malaymail | Reuters

Sumber gambar: Amazon

Exit mobile version