Site icon TechNave BM

Apple hadkan perkongsian AirDrop dengan ‘Everyone’ kepada 10 minit dalam iOS 16.2

Bagi pengguna iPhone, anda pasti tahu ciri Airdrop membolehkan anda berkongsi fail dengan sesiapa sahaja yang berdekatan dengan anda. Terdapat tiga jenis pilihan Airdrop iaitu Receiving Off, Contacts Only dan Everyone.

Kini, Apple telah mengubah pilihan AirDrop daripada ‘Everyone‘ kepada ‘Everyone for 10 Minutes‘. Had ini mula diperkenalkan pada iOS 16.1.1 di China di mana ramai yang mengatakan bahawa langkah itu dibuat untuk mengelakkan aktiviti tunjuk perasaan dalam negara daripada bahan antikerajaan disebarkan melalui AirDrop.

Bagaimanapun, Apple menafikan tuduhan sedemikian dan menjelaskan bahawa ciri ini dibangunkan untuk mengurangkan kandungan spam yang tersebar di kawasan sesak seperti pusat membeli-belah dan lapangan terbang. Perubahan ini akan dilancarkan dalam iOS 16.2 pada tetapan lain dalam pilihan AirDrop.

Adakah anda setuju dengan perubahan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version