Site icon TechNave BM

Apple hentikan jualan dan eksport ke Rusia, aplikasi RT dan Sputnik News ditarik balik

Dalam satu kenyataan media, Apple prihatin terhadap pencerobohan Rusia dan mereka yang terkesan akibat keganasan yang berlaku. Apple berkata ia menyokong usaha kemanusiaan dan menyediakan bantuan.

Apple juga mengesahkan bahawa ia telah berhenti seketika bagi semua jualan produk dan menghentikan eksport ke pasaran Rusia. Ia juga telah menarik aplikasi media negara Rusia untuk berita RT dan Sputnik di semua wilayah App Store di luar Rusia.

Apple telah mengikut langkah Google dalam melumpuhkan trafik langsung dan pelaporan insiden di Ukraine dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Syarikat tersebut menyertai syarikat lain yang menunjukkan solidariti terhadap Ukraine dengan menarik produk mereka dari negara ini dan mengehadkan penyebaran media berita Rusia.

Apple berkata mereka sedang berkomunikasi dengan kerajaan berkaitan tindakannya dan terus menilai pendekatan terhadap Rusia. Menteri Ukraine Mykhailo Fedorov sebelum ini meminta Apple menghentikan jualan produk dan menyekat akses App Store di Rusia. Walaupun syarikat itu kini telah menghentikan semua jualan produk, App Store di Rusia masih tersedia. Aplikasi Sputnik dan RT News juga kekal tersedia di App Store Rusia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Twitter

Exit mobile version