Site icon TechNave BM

Apple hentikan kerjasama Apple Car dengan Hyundai buat sementara

Hangat diperkatakan baru-baru ini bahawa Apple akan menghasilkan kereta pertama bernama Apple Car yang dihasilkan bersama syarikat automotif dari Korea Selatan, Hyundai. Kini laporan terbaru mengatakan kerjasama di antara kedua-dua syarikat tersebut telah dihentikan buat sementara.

Sebarang kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan, namun penghentian ini mungkin kerana situasi dalam Hyundai Group berkenaan jenama yang manakah akan menghasilkan Apple Car, sama ada Hyundai atau Kia. Besar kemungkinan, Apple akan bekerjasama dengan Kia untuk mengilangkan kenderaan baru itu di Georgia, Amerika Syarikat.

Apple juga dikatakan sedang membuat perancangan untuk membeli sejumlah kecil pegangan syarikat Tesla Inc, General Motors Co dan lain-lain pengilang kenderaan elektrik dalam usaha mereka untuk menghasilkan sebuah kenderaan pada masa hadapan.

Buat masa ini, Apple mempunyai pasukan kecil yang membangunkan sebuah kenderaan namun ia masih lagi dalam peringkat awal. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version