Site icon TechNave BM

Apple hentikan penghasilan komputer iMac Pro

Komputer iMac Pro yang dihasilkan oleh Apple kini dilihat tidak lagi diteruskan oleh jenama elektronik itu, di mana Apple tidak lagi menawarkan spesifikasi yang boleh ditempah khas dan sekadar menjualnya sementara stok masih ada.

Menurut sumber, Apple hanya menjual iMac Pro versi asas di Amerika Syarikat (AS) dalam laman web rasmi serta beberapa pengedar pihak ketiga. Apple turut mengesahkan bahawa sebaik sahaja stok iMac Pro habis, ia tidak lagi dikilangkan.

Langkah ini mungkin bagi memberi ruang kepada komputer baru iMac dan Mac Pro yang akan dilancarkan pada tahun ini. Komputer tersebut dijangka akan dilengkapi cip M1 baru serta mempunyai skrin dengan bezel yang lebih nipis serta badan belakang yang rata.

iMac Pro telah dilancar pada 2017 dan ia ditujukan kepada tugas profesional yang memerlukan prestasi tinggi seperti penyuntingan video atau kerja-kerja grafik. Untuk pasaran Malaysia, ia masih lagi dijual pada harga RM20,855.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menunggu komputer Apple yang baru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version