Site icon TechNave BM

‘Apple ID’ akan berubah kepada ‘Apple Account’ bersama iOS 18

Sumber melaporkan bahawa Apple merancang untuk menukar “Apple ID” kepada “Apple Accountdi seluruh platform perisian dan laman web seperti iCloud.com mulai tahun ini. Mark Gurman dari Bloomberg juga telah mengesahkan perubahan yang sama.

Menurut Gurman, peralihan kepada “Apple Account” baharu dijangka bermula lewat tahun ini, seiring dengan keluaran kemas kini iOS 18 untuk iPhone dan watchOS 11 untuk Apple Watch. Pada masa ini, Apple sudah menggunakan istilah “Apple Account balance” (baki Akaun Apple) untuk merujuk kepada dana yang ditambahkan pada Apple ID. Ini menunjukkan peralihan beransur-ansur ke arah penjenamaan baharu.

Gurman juga menyatakan kewujudan pasukan “Apple Account” dalam syarikat itu, menunjukkan bahawa peralihan ini sedang dalam pembangunan. Peralihan ini dijangka diumumkan secara rasmi pada persidangan pembangun Apple WWDC pada bulan Jun, dengan kemas kini mungkin akan dikeluarkan secara meluas pada bulan September.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version