Site icon TechNave BM

Apple ingin lancarkan iPad yang diperbuat daripada plastik dengan harga yang lebih murah

Menurut laporan terkini, Apple merancang mengeluarkan iPad tetapi dalam versi plastik. Namun begitu, syarikat itu tidak melaksanakan rancangannya dan mengeluarkan iPad generasi ke-10 menggunakan perkakasan aluminium. Dikatakan bahawa Apple ingin menjadikan tablet itu lebih murah dan berdaya saing. 

Maklumat tersebut didedahkan oleh Mark Gurman dari Bloomberg mengatakan bahawa pasukan Apple nampaknya membincangkan penggabungan iPad plastik. Peranti itu akan mempunyai aksesori papan kekunci plastik kos rendah tetapi akan dijual secara berasingan dengan harga kurang daripada $500 (~RM2,369). 

Gurman mendakwa bahawa idea itu adalah untuk bersaing dengan Chromebook dalam pasaran sebagai tablet standard baharu dalam pembelajaran. Tambahan pula, matlamat Apple buat masa ini adalah mungkin ingin lebih fokus pada permintaan pelanggan. 

Produk itu akan memberikan kualiti dan pengalaman yang dioptimumkan dengan membeli aksesori yang berbeza. Walau bagaimanapun, sekiranya Apple mengeluarkan tablet bajet yang diperbuat daripada plastik, ini mungkin memberi kesan kepada tablet dengan perkakasan premium.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version