Site icon TechNave BM

Apple iOS 18 akan hadir dengan inovasi AI, tampilkan beberapa fungsi menarik

Masih ada beberapa bulan lagi untuk acara tahunan Apple yang akan melancarkan peranti iPhone generasi seterusnya. Selain itu, iOS 18 seterusnya juga akan dilancarkan bersama dan banyak laporan telah mendakwa bahawa ia akan menampilkan beberapa fungsi AI. Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, berikut adalah fungsi yang dijangka terdapat pada iOS 18.

Dalam surat berita Power On terbarunya, salah satu ciri iOS 18 yang menarik adalah membenarkan pengguna iPhone menukar warna ikon aplikasi. Sebagai contoh, Gurman mengatakan bahawa anda boleh menjadikan semua ikon sosial berwarna biru atau yang berkaitan dengan kewangan menjadi hijau. Bukan itu sahaja, beliau menambah bahawa pengguna iPhone boleh mempunyai kebebasan untuk meletakkan ikon aplikasi dan widget di mana-mana sahaja.

Bagi ciri Apple AI yang lain, Gurman menjangka syarikat itu bakal menawarkan alat praktikal yang boleh digunakan oleh pengguna iPhone. Di bawah merupakan senarai rasmi perubahan dan peningkatan yang diharapkan:

Penganalisis tersebut menyebut bahawa banyak alat baharu akan berada dalam versi pratonton beta terlebih dahulu sebelum dilancarkan secara rasmi. Jika benar, nampaknya kita mungkin perlu menunggu lebih lama untuk itu.

Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version