Site icon TechNave BM

Apple: iOS adalah 15-47 kali lebih selamat daripada Android

Sesetengah orang mengatakan bahawa iPhone lebih selamat kerana iOS adalah sistem tertutup dan sukar untuk muat turun perisian selain daripada Appstore. Sebaliknya, Android lebih terbuka dan pengguna boleh mengawal perisian yang ingin dipasang menjadikan ia lebih selamat dan mudah.

Beberapa hari lalu, Apple mengeluarkan laporan Membina Ekosistem Dipercayai untuk Berjuta-juta Aplikasi di mana Apple mendakwa bahawa iPhone lebih selamat daripada Android. Apple berkata telefon pintar Android adalah 15 hingga 47 kali lebih berkemungkinan untuk diceroboh perisian virus berbanding iPhone.

Tambahan, satu kajian mendapati bahawa 98 peratus perisian virus mudah alih menyasarkan peranti Android. Apple menegaskan bahawa mereka hanya membenarkan pemasangan perisian di Appstore manakala perisian pihak ketiga boleh dipasang sesuka hati dalam sistem Android.

Walaupun peranti Apple secara amnya dianggap lebih selamat dan kurang terdedah kepada virus berbanding Android, pengguna yang men-jailbreak iPhone mereka atau mengubah suai program telefon mereka meletakkan diri mereka dalam risiko pelanggaran syarat keselamatan.

Begitu juga pengguna Android yang memasang aplikasi daripada luar stor Google Play meningkatkan risiko perisian virus. Jadi semua pengguna telefon mudah alih dinasihatkan untuk berwaspada kerana kedua-dua sistem Apple dan Android terdedah kepada risiko keselamatan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: See Hua Daily

Exit mobile version