Site icon TechNave BM

Apple iPad mini 6 alami isu pengecasan selepas kemas kini iPadOS 15.5

Menurut sumber, Apple sedang menyiasat laporan pengguna bahawa iPad mini 6 mungkin berhenti mengecas selepas dikemas kini kepada iPadOS 15.5. Hal ini dikongsikan oleh beberapa pengguna yang menghadapi masalah pengecasan dengan peranti mereka berikutan kemas kini OTA.

Isu ini mendapat perhatian Apple dan mereka telah menghantar memo mengenai hal ini kepada pihak yang boleh dipercayai. Apple menasihatkan bahawa pembekal perkhidmatan dan kakitangan runcit memaklumkan kepada pelanggan untuk mematikan dan menghidupkan semula peranti sebagai pembetulan sementara siasatan sedang dijalankan.

Apple turut menyatakan bahawa penggantian perkakasan iPad atau baterinya tidak akan menyelesaikan masalah serta mengesahkan ia merupakan isu perisian. Syarikat itu sedang menguji beta iPadOS 15.6 yang mungkin menyelesaikan masalah apabila ia dikeluarkan kepada pengguna.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version