Site icon TechNave BM

Apple iPad mini 6 mungkin akan dilancarkan seawal bulan September ini!

Jika anda menantikan kehadiran generasi baru iPad mini, mungkin anda tidak perlu tunggu lama lagi. Pada bulan November lalu, Apple dikhabarkan akan melancarkan iPad mini 6 pada separa kedua tahun 2021. Terbaru, sumber menyatakan bahawa peranti ini akan diperkenalkan pada musim luruh ini.

Mengikut sumber, Apple sedang dalam proses penghasilan iPad mini 6 yang hadir dengan reka bentuk baru. Ia dijangka akan memasuki pasaran pada musim luruh di Amerika Syarikat (antara bulan September dan Disember). Tahun lalu, Apple melancarkan iPad Air dan iPad generasi ke 8 pada 16 September 2020. Jadi, iPad mini 6 mungkin akan dilancarkan sekitar tarikh tersebut.

Imej janaan iPad mini 6

Jadi, apa yang baru dengan iPad mini 6? Seperti yang diberitahu, model baru ini akan hadir dengan reka bentuk baru, hampir sama dengan iPad Air 2020. Ia juga dikatakan akan menggunakan cipset A15 Bionic bersama sensor Touch ID.

Adakah anda berminat dengan iPad mini 6 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version