Site icon TechNave BM

iPhone 11 ini masih berfungsi walaupun sudah beberapa bulan ditenggelami air

Jika anda memiliki iPhone 11, anda kini boleh yakin bahawa telefon pintar kesayangan anda mampu bertahan dalam air buat masa yang lama. Inilah yang terjadi pada Lisa Troyer apabila beliau menjatuhkan iPhone-nya secara tidak sengaja ke dalam tasik namun telefonnya masih berfungsi selepas beliau mengambilnya kembali beberapa bulan kemudian.

Pada Oktober lalu, Lisa dan suaminya Jacob Troyer membawa anak perempuan mereka ke percutian Disney World selama seminggu. Semasa percutian tersebut, iPhone 11 Lisa terjatuh ke dalam tasik. Walaupun begitu, Lisa memutuskan untuk membiarkannya.

Dari kiri: Jacob, Sophie dan Lisa Troyer.

Namun beberapa bulan kemudian, seorang pekerja Disney memulangkan iPhone 11 tersebut kepada Lisa selepas telefon tersebut ditemui. Walaupun selepas berada dalam air selama beberapa bulan, peranti tersebut masih berfungsi seperti biasa. Semua gambar yang terdapat dalam telefon itu masih tersimpan. Malah, isu yang dialami Lisa hanyalah sedikit pasir dan tumbuhan alga pada badan telefon itu.

Kes ini tentunya mendemonstrasi bukti kebolehan kalis air iPhone 11 dengan baik. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version