Site icon TechNave BM

Apple iPhone 14 mini mungkin bakal diganti dengan model Max, miliki skrin lebih besar

Menurut data, iPhone 12 mini tidak mendapat jualan yang memberangsangkan. Melalui analisa yang dikeluarkan pada awal tahun oleh CIRP menunjukkan bahawa jualan bagi siri iPhone 12 yang termahal iaitu iPhone 12 Pro Max melebihi jualan untuk iPhone mini.

Lanjutan daripada hal berkenaan, tidak hairan jika Apple bakal menggantikan iPhone mini kepada iPhone Max pada iPhone 14 yang akan datang. Model yang memiliki reka bentuk yang besar dengan harga yang murah menjadi faktor ia dapat dijual dengan laris walaupun tidak memiliki perkakas kamera seperti siri Pro.

Secara tidak langsung, dengan nama yang digunakan adalah iPhone 14 Max, ia akan dilengkapi skrin paparan 6.7 inci sama ukuran seperti model Pro Max tetapi bahagian dalamannya akan menggunakan komponen model iPhone 14.

Dengan maklumat yang diterima, model iPhone 14 Max dan 14 Pro Max bukan sahaja memiliki reka bentuk yang sama malah panel skrinnya juga menggunakan paparan yang sama iaitu LTPO OLED dengan kadar segar semula 120Hz memandangkan ia tersedia bagi keseluruhan model.

Video yang telah dikirimkan oleh salah satu sumber mengatakan tentang iPhone 14 yang berpotensi akan hadir dengan model Max.

Terdapat iPhone SE terbaru sedang dibangunkan dan model pada tahun 2020 mempunyai dimensi yang serupa dengan mini. Sekiranya Apple mengecilkan bezel dan memasang skrin paparan yang sedikit lebih besar, model SE yang terbaru dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mini.

Ia mungkin tidak mempunyai cipset terbaru atau kamera terbaik, tetapi dengan harga yang lebih rendah dapat meningkatkan penjualan telefon bersaiz kecil ini. Walau bagaimanapun, siri iPhone 14 semestinya mempunyai reka bentuk baharu seperti yang dilihat dalam imej janaan yang tertiris sebelum ini.

Apple dijangka meletakkan pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan kamera swafoto berbentuk lubang (punch hole) pada skrin hadapan. Apa pun kami masih menunggu maklumat rasmi Apple mengenai spesifikasi yang bakal dibawakan oleh siri iPhone 14.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version