Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat yang menempatkan skrin utama Super Retina XDR sebesar 7.6 inci menggunakan kemasan nano-tekstur serta sokongan kecerahan puncak 3,000 nits.
Bahagian luar peranti juga dilengkapi skrin kedua bersama bingkai serta pelindung engsel daripada Gred 5 Titanium. Untuk prestasi, ia dikuasakan oleh cip A20 Pro yang digabungkan bersama sistem penyejukan kebuk wap serta enjin saraf 16-teras untuk tugasan kecerdasan buatan.
Apple menyertakan sistem dwi-bateri dan reka bentuk eSIM dalaman untuk memaksimumkan kapasiti tenaga yang mampu menawarkan jangka masa tontonan video sehingga 31 jam menggunakan skrin dalaman dan sehingga 44 jam pada skrin luaran. Pengecasan pantas berwayar membolehkan peranti mencapai 50 peratus caj dalam masa kira-kira 20 minit.
Sistem pengimejan menampilkan dwi-kamera Fusion 48MP yang merangkumi lensa utama dan ultra lebar berserta kamera swafoto bawah paparan dan kamera hadapan Center Stage 12MP. Ciri tambahan termasuk sokongan rakaman video 4K pada 120 fps, mod sinematik serta pelbagai fungsi pemprosesan imej seperti Duo Preview dan Smart Take.
Di Malaysia, harga jualan rasmi iPhone Duo ditawarkan bermula RM9,499. Tempahan untuk pasaran tempatan bermula pada 16 Oktober jam 8 malam manakala jualan rasmi di kedai ditetapkan bermula 23 Oktober. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

