Site icon TechNave BM

Apple jelas bagaimana aplikasi di telefon seperti Facebook boleh jejak data anda

Industri digital juga merupakan industri perniagaan. Oleh itu, tidak hairanlah jika syarikat dalam industri sama saling bersaing secara sihat atau tidak. Baru-baru ini, Apple telah bercadang untuk meneroka dan membincangkan isu hangat tentang privasi data.

Menurut sumber, Apple baru-baru ini mengeluarkan dokumen privasi bertajuk “A Day in the Life of Your Data”. Dokumen ini menyatakan tentang bagaimana syarikat pihak ketiga boleh menjejak data anda melalui aplikasi dan laman web berbeza. Dokumen turut memaparkan tangkapan skrin aplikasi Facebook di telefon pintar sebagai contoh aplikasi yang menjejak data.

Tambah sumber, dokumen ini membincangkan tentang bagaimana aplikasi di telefon pintar mempunyai purata kira-kira enam penjejak berbeza. Penjejak ini dibenamkan oleh syarikat seperti Facebook di dalam SDK ada API yang membenarkan syarikat pihak ketiga mengumpul data yang anda kongsi di platform. Data anda boleh dijual dalam pelbagai cara.

Sudah ramai yang mengetahui asas perkongsian data ini, namun paparan dokumen ini boleh menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana perkongsian data berlaku. Beritahu kami pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wccftech

Exit mobile version