Site icon TechNave BM

Apple jumpa formula kurangkan kos iPhone Fold, untung dijangka lebih tinggi

Apple dilaporkan bakal memperkenalkan telefon pintar boleh lipat pertamanya tahun depan yang dikenali sebagai iPhone Fold dengan komponen engsel yang kini dikatakan jauh lebih murah daripada jangkaan awal. Menurut sumber, kos engsel iPhone Fold kini dianggarkan sekitar USD70 hingga USD80 lebih rendah daripada jangkaan pasaran.

Sebanyak 65% pengeluaran engsel akan dihasilkan oleh usaha sama antara Foxconn dan Shin Zu Shing manakala baki 35% akan dikeluarkan oleh Amphenol. Beliau turut menjangkakan bahawa Luxshare-ICT berpotensi menyertai barisan pembekal engsel Apple selepas tahun 2027.

Penurunan kos dicapai hasil daripada reka bentuk pemasangan yang dioptimumkan oleh Foxconn yang menjadikan proses pengeluaran lebih efisien dan menjimatkan. Penurunan kos engsel membolehkan Apple meraih margin keuntungan lebih besar bagi setiap iPhone Fold yang dijual kerana mereka tidak akan menurunkan harga jualan.

Selain itu, kemasukan Luxshare-ICT sebagai pembekal baharu dikatakan menunjukkan bahawa kos komponen ini masih berpotensi untuk terus menurun. Kuo menambah bahawa engsel kini dilihat sebagai medan persaingan baharu dalam kalangan pengeluar telefon.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ming Chi Kuo

Exit mobile version