Site icon TechNave BM

Apple kekal posisi teratas untuk peranti boleh pakai pada tahun 2020

Berdasarkan laporan terkini dari Counterpoint Reserach, Apple masih mengekalkan takhta dalam pasaran fon telinga TWS dan jam tangan pintar untuk tahun 2020.

Jika dilihat pada suku ketiga tahun 2020, produk fon telinga Apple telah merangkumi 29% dari jumlah pasaran. Manakala untuk jam tangan pintar pula, Apple Watch telah merangkumi 28% dari kesemua jualan jam tangan pintar pada suku tersebut.

Pasaran peranti boleh pakai ini dibahagikan ke lima segmen yang majoritinya adalah peranti yang dipakai di telinga dan di tangan. Prestasi Apple untuk segmen ini sentiasa berada di atas berbanding pesaingnya walaupun harganya adalah lebih tinggi.

Walaupun begitu, peranti bajet juga mempunyai potensi yang tinggi. Xiaomi dilihat telah mendapat tempat kedua dengan pegangan pasaran setinggi 13%. Kebanyakan peranti mereka dijual pada tanda harga antara $20 (~RM81) sehingga $50 (~RM202).

Counterpoint Research juga menjangkakan penjualan fon telinga wayarles akan berkembang setinggi 83% kepada 238 juta unit. Ini disebabkan kerana kebanyakan telefon andalan kini tidak hadir dengan bicu audio 3.5mm.

Adakah anda berpuas hati dengan laporan ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version