Site icon TechNave BM

Apple kembangkan program pembaikian layan diri kepada MacBook Air dan MacBook Pro

Mulai esok, pengguna ‌MacBook Air‌ dan MacBook Pro dengan cip M1 akan dapat manual pembaikan, alat ganti dan alatan Apple tulen melalui Apple ‌Self Service Repair‌ Store. Apple mengatakan bahawa ‌pembaikian layan diri‌ untuk ‌MacBook Air‌ dan MacBook Pro akan menawarkan lebih daripada sedozen jenis pembaikan untuk setiap model termasuk paparan, penutup, bateri, pad jejak dan banyak lagi untuk masa hadapan.

Sebelum ini, Apple melancarkan ‌Self Service Repair‌ untuk iPhone awal tahun ini untuk iPhone 12 dan iPhone 13. Program ini sama seperti ‌iPhone‌ dan pengguna disarankan untuk menyemak manual pembaikan terlebih dahulu sebelum melawati ‌Self Service Repair‌ Store untuk memesan bahagian dan alatan.

Kit sewaan boleh didapati dengan harga $49 (~RM219) untuk masa seminggu dengan penghantaran percuma. Pelanggan yang menghantar semula alat ganti kepada Apple untuk pengubahsuaian dan kitar semula akan menerima kredit untuk pembelian pembaikan mereka dalam proses itu.

Apple mengesahkan bahawa program itu akan berkembang ke beberapa negara lain pada akhir tahun ini bermula di Eropah. Pada masa yang sama, pengguna juga yang tiddak mempunyai kemahiran dalam membaiki peranti elektronik disarankan untuk melawat pembekal pembaikan profesional dengan juruteknik bertauliah yang menggunakan alat ganti Apple tulen bagi megnelak sebarang kerosakan besar.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Apple Newsroom

Exit mobile version