Site icon TechNave BM

Apple kembangkan program Pembaikian Layan Diri pada desktop Mac M1 dan Studio Display

Apple secara rasmi melancarkan program Pembaikian Layan Diri pada April tahun ini dan mengembangkannya secara beransur-ansur sepanjang 2022. Kini, syarikat itu telah mengembangkan program tersebut untuk desktop Mac M1 dan Studio Display.

Menurut Six Colors, syarikat itu kini menawarkan alat ganti, alatan dan manual pembaikian untuk iMac, Mac Mini dan Mac Studio dengan cipset M1 di Amerika Syarikat (AS) mulai hari ini. Di laman web rasmi Apple, manual pembaikian untuk desktop Mac dan Studio Display kini telah disediakan.

Pada awal bulan ini, syarikat itu juga mengumumkan bahawa program Pembaikian Layan Diri kini disediakan di Belgium, Perancis, Itali, Jerman, Poland, Sepanyol, Sweeden dan United Kingdom. Namun, hanya siri iPhone 12, siri iPhone 13, iPhone SE generasi ketiga, M1 MacBook Air dan siri M1 MacBook Pro yang terdapat dalam perkhidmatan ini bagi negara yang disebut di atas.

Kami berharap agar Apple mempertimbangkan perkhidmatan ini di Malaysia tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Six Colors

Exit mobile version