Site icon TechNave BM

Apple kurangkan pengeluaran iPhone Air akibat permintaan lemah

Apple dilapor mengurangkan pengeluaran iPhone Air hanya beberapa bulan selepas pelancarannya susulan permintaan lebih rendah daripada jangkaan. Menurut laporan Nikkei Asia, langkah itu termasuk pengurangan sekitar sejuta unit berbanding perancangan awal.

Sebaliknya, permintaan terhadap model lain dalam siri iPhone 17 dilihat meningkat dengan jualan keseluruhan naik 14% berbanding siri iPhone 16. Apple kini menambah kapasiti pengeluaran untuk iPhone 17 dan iPhone 17 Pro bagi memenuhi permintaan pasaran.

Model iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max terus mencatat jualan tertinggi didorong oleh perubahan rekaan luaran yang ketara berbanding generasi terdahulu. Walaupun peningkatan perisian terutama pada ciri AI tidak begitu besar tahun ini, sambutan pengguna masih kekal kukuh.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nikkei Asia

Exit mobile version