Site icon TechNave BM

Apple laksanakan App Tracking Transparency, platform media sosial lain kehilangan hampir USD10 bilion

The Financial Times mendapati bahawa Snapchat, Facebook, Twitter dan YouTube kehilangan sekitar $9.85 bilion hasil perubahan Apple di tetapan privasinya. Pada bulan April tahun lepas, Apple telah mengumumkan App Tracking Transparency (ATT) yang memerlukan kebenaran oleh setiap aplikasi untuk menjejak data pengguna yang dikuat kuasa pada bulan April. 

Laporan Finacial Times menunjukkan ramai pemimpin syarikat tidak bersetuju dengan langkah tersebut. Facebook mengkritik langkah tersebut dengan iklan akhbar halaman penuh kerana mereka kehilangan jumlah wang yang amat besar berbanding dengan platform sosial lain kerana saiznya yang besar. Selain itu, Snapchat menghadapi peratusan perniagaan yang agak teruk kerana produknya yang tidak mempunyai versi desktop dan pengiklanannya yang berkait rapat di telefon pintar.

Perunding adtech, Eric Seufert berkata bahawa platform yang terkesan terutamanya Facebook perlu membina semula jentera mereka akibat ATT. Ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun untuk membina infrastruktur, alat dan rangka kerja baharu dan ujian secara meluas sebelum digunakan kepada pengguna.

Pembaharuan yang dilakukan Apple telah memaksa platform sosial dan aplikasi lain untuk menjadi lebih kreatif dengan pengiklanan mereka. Mereka perlu lebih fokus pada peranti Android atau melabur dalam perniagaan pengiklanan Apple yang turut hampir melanggar peraturannya sendiri dengan mengumpul data pengguna secara senyap-senyap seperti yang dilakukan oleh aplikasi pihak ketiga. Mereka harus engambil inisiatif lain yang tidak melibatkan penjejakan pada iPhone pengguna.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version