Site icon TechNave BM

Apple lancar Beta awam untuk semua kemas kini termasuk iOS 26 dengan antara muka baharu

Apple kini telah melancarkan versi beta awam bagi semua kemas kini perisian utama yang akan datang, membolehkan pengguna mencuba lebih awal sebelum pelancaran rasmi pada tahun 2025. Antara perisian yang tersedia ialah iOS 26, iPadOS 26, watchOS 26, tvOS 26, macOS Tahoe 26 dan juga HomePod Software 26.

Walaupun nombor versi “26” kelihatan mendahului waktu, ia sebenarnya merujuk kepada tahun pelancaran penuh pada September 2025, serta menyatukan semua sistem Apple di bawah versi nombor yang seragam.

Perubahan terbesar kali ini ialah pengenalan bahasa antara muka baharu Apple yang dinamakan Liquid Glass. Reka bentuk ini diinspirasikan daripada kesan visual Windows Vista yang terkenal dengan elemen lutsinar dan lapisan moden bergaya kaca. Namun begitu, selepas menerima maklum balas awal berkaitan isu keterbacaan, Apple telah mengurangkan tahap ketelusan di beberapa bahagian antaramuka.

Seperti biasa, versi beta mungkin mengandungi pepijat dan isu kestabilan, jadi pengguna dinasihatkan untuk tidak memasangnya pada peranti utama. Bagi yang ingin mencuba, pendaftaran boleh dibuat melalui laman rasmi beta Apple.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version