Site icon TechNave BM

Apple lancar kemas kini watchOS 8.1.1, baiki isu pengecasan pada Apple Watch Series 7

Baru-baru ini, Apple telah melancarkan kemas kini bagi peranti Apple Watch iaitu watchOS 8.1.1. Kemas kini ini tertumpu kepada sistem pengendalian watchOS 8 yang dikeluarkan pada bulan September lalu. watchOS 8.1.1 hadir tiga minggu selepas pelancaran watchOS 8.1 yang mana ianya menambah ciri senaman berkumpulan melalui aplikasi SharePlay Fitness+ dan ciri lain.

‌‌watchOS ‌8.1.1 boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi Apple Watch khusus pada iPhone anda dengan pergi ke Umum > Kemas Kini Perisian (General > Software Update). Untuk memasang perisian baharu, Apple Watch perlu mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus bateri dan ia perlu diletakkan pada pengecas serta perlu berada berdekatan dengan ‌‌‌‌‌‌iPhone anda‌‌‌‌. watchOS 8.1.1 hanya tersedia untuk Apple Watch Series 7.

Menurut Apple, kemas kini watchOS 8.1.1 menangani isu tidak boleh dicas yang terdapat pada model ‌Apple Watch Series 7‌ melalui aduan sesetengah pengguna. Sesetengah pemilik ‌Apple Watch Series 7‌ menyedari kelajuan pengecasan yang perlahan untuk peranti mereka dan kemas kini ini diharapkan agar dapat membaik pulih pepijat yang menyebabkan masalah itu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kemas kini baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version