Site icon TechNave BM

Apple lancarkan aplikasi Find My Certification yang boleh jejak peranti pihak ketiga

Aplikasi Find My dalam ekosistem Apple memudahkan penggunanya untuk mencari produk-produk Apple jika mereka lupa atau hilangkan peranti tersebut. Kini Apple mungkin akan membenarkan aplikasi itu untuk menjejak peranti yang bukan di bawah jenama Apple, dengan pelancaran aplikasi Find My Certification Asst (FMCA) hari ini.

Dalam huraian aplikasi itu di App Store Amerika Syarikat, Apple mengatakan aplikasi Find My Certification Asst perlu digunakan jika syarikat pihak ketiga ingin menyepadukan peranti mereka dengan rangkaian Find My. Beberapa syarikat sudah pun mengesahkan bahawa peranti mereka boleh digunakan dalam rangkaian Find My, seperti fon telinga wayarles Belkin SoundForm Freedom.

Aplikasi Find My Certification Asst mungkin bakal mengubah polisi Apple untuk menyertakan peranti pihak ketiga dalam rangkaian mereka. Selain itu, kemas kini versi beta untuk iOS 14.5 juga menunjukkan fungsi tersebut dalam aplikasi Find My, dengan tab baru bernama Items yang mungkin akan menyenaraikan peranti pihak ketiga.

Syarikat yang berminat untuk menyertakan peranti mereka dalam rangkaian Find My perlu mendapat lesen MFi (Made For iPhones).

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5 Mac

Exit mobile version