Site icon TechNave BM

Apple lancarkan ciri kaburkan imej mengandungi bahan lucah dalam iMessages secara global

Apple secara global melancarkan ciri yang menghalang kanak-kanak daripada melihat foto yang mengandungi bahan lucah dalam aplikasi pemesejan. Ciri keselamatan komunikasi dalam mesej akan mengaburkan imej tersebut dan pemberitahuan segera untuk membimbing kanak-kanak tentang perkara yang perlu dilakukan seterusnya.

Ciri sistem Perkongsian Keluarga membantu mengimbas imej pada peranti, jadi ia tidak bertentangan dengan penyulitan hujung ke hujung mesej. Selepas mengetahui bahawa imej itu tidak sesuai untuk kanak-kanak, ia akan memaparkan mesej “Anda tidak bersendirian dan boleh dapatkan bantuan daripada seseorang yang anda percayai atau dengan profesional terlatih” pada skrin. Pengguna juga boleh terus menyekat pengguna tersebut.

Selain itu, Apple mempunyai dua lagi ciri keselamatan kanak-kanak. Salah satunya ialah mengarahkan pengguna ke sumber keselamatan jika mereka mencari topik yang berkaitan dengan penderaan seksual kanak-kanak manakala ciri seterusnya ialah menghalang pengguna daripada memuat naik bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) ke akaun iCloud.

Walau bagaimanapun, ciri ini mendapat tindak balas hebat daripada penyokong privasi yang berpendapat ia berisiko memperkenalkan pintu belakang yang akan menjejaskan keselamatan pengguna Apple.

Apakah pendapat anda tentang ciri-ciri ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version