Site icon TechNave BM

Apple lancarkan fungsi pemindahan gambar iCloud ke Google Photos

Apple telah melancarkan perkhidmatan baru yang membenarkan pengguna iCloud untuk memindahkan gambar-gambar dan video mereka ke Google Photos. Untuk menggunakannya, anda boleh lawat laman Data and Privacy oleh Apple dan daftar masuk menggunakan Apple ID.

Selepas itu, anda boleh lihat pilihan untuk “Transfer a copy of your data” dan ikuti arahan yang tertera selepas menekannya. Perkhidmatan ini tidak akan membuang sebarang fail daripada iPhone anda dan sekadar boleh digunakan untuk pemindahan fail atau sandaran data (backup).

Walau bagaimanapun, proses pemindahannya agak lama kerana ia boleh mengambil masa tiga ke tujuh hari. Selain itu, semua jenis fail media boleh dipindahkan kecuali Smart Albums, Live Photos, photo stream, sedikit metadata dan sesetengah gambar RAW.

Di samping itu, pengguna juga perlu mengaktifkan pengesahan dwi-punca (two-factor authentication) dalam Google Photos untuk melengkapkan pemindahan. Sewaktu artikel ditulis, fungsi pemindahan iCloud ke Google Photos ini masih belum terdapat untuk pengguna Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumours

Exit mobile version