Site icon TechNave BM

Apple lancarkan iOS 15.2.1 dan iPadOS 15.2.1, penyahan pelbagai pepijat

Hari ini Apple mempunyai kemas kini baharu untuk peranti mudah alihnya kepada versi iOS 15.2.1 dan iPadOS 15.2.1. Seperti yang ditunjukkan oleh deskripsi mengenai kemas kini ini, ia adalah penyahan pepijat dengan muat turun fail sebesar 970MB.

Kemas kini ini mengandungi penyahan pepijat termasuk “Mesej mungkin tidak memuatkan foto yang dihantar menggunakan pautan iCloud” dan “Aplikasi CarPlay pihak ketiga mungkin tidak bertindak balas kepada input”.

Itulah serba sedikit Apple berkongsi tentang ciri baharu dalam kemas kini ini. Pepijat kedua yang disebut nampaknya ia boleh menjadi masalah sebenar bagi orang yang menggunakan CarPlay dan ia agak lama dibincangkan di dalam forum.

Pepijat Mesej juga kedengaran agak menjengkelkan jika anda menghadapinya, jadi mungkin lebih baik untuk mengemas kini kepada versi terbaru perisian Apple ini secepat mungkin. Seperti biasa, ia sepatutnya sudah tersedia melalui Tetapan untuk semua iPhone dan iPad yang disokong. Malah, anda mungkin telah menerima pemberitahuan mengenainya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version