Site icon TechNave BM

Apple lancarkan iPhone SE: iPhone kelas pertengahan dengan cipset A13 berharga RM1,999

Apple hari ini telah melancarkan iPhone SE generasi kedua, yang dilengkapi paparan Retina HD 4.7 inci dan Touch ID untuk keselamatan yang lebih kukuh. Walaupun ia lebih murah daripada iPhone 11, ia tetap dikuasai oleh cipset yang sama iaitu A13 Bionic jadi anda boleh jangkakan prestasi yang amat tinggi daripada telefon ini.

Daripada segi kamera, ia mempunyai satu kanta 12MP dengan apertur f/1.8 di belakang dan mempunyai teknologi fotografi seperti enam efek Portrait Lighting, Depth Control dan Smart HDR. iPhone SE boleh merakam video 4K pada kadar 60fps dan video extended dynamic range untuk video yang lebih jelas pada 30fps.

Selain itu, iPhone SE mempunyai sistem operasi iOS 13, mod gelap (Dark Mode), rating kalis air dan debu IP67 (kalis air sehingga 1 meter selama 30 minit), dwi-kad SIM serta butang Home fizikal.

iPhone SE boleh didapati dalam varian 64GB, 128GB dan 256GB dalam warna hitam, putih atau merah (PRODUCT)RED pada harga RM1,999 di Apple Authorised Resellers dan lain-lain pengedar rasmi. Setakat ini masih tiada tarikh rasmi keberadaannya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki iPhone SE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version