Site icon TechNave BM

Apple lancarkan kemas kini baharu iOS 15.5 dan iPadOS 15.5

Apple telah mengeluarkan iOS 15.5 dan iPadOS 15.5 kepada pembangun selepas beberapa minggu ujian dijalankan. Kemas kini baharu tidak ketara seperti kemas kini sebelum ini dan lebih fokus pada perubahan prestasi. Sudah pasti masih terdapat beberapa ciri kecil baharu yang dikeluarkan seperti di bawah.

Kemas kini Podcasts

Aplikasi Apple Podcasts termasuk tetapan yang membenarkan pengguna mengehadkan bilangan episod yang disimpan pada iPhone atau iPad. Ia juga akan memadam episod lama secara automatik, menghalang aplikasi daripada menggunakan terlalu banyak ruang storan pada peranti iOS.

Apple Pay Cash

Aplikasi Wallet di bahagian Apple Pay Cash kini terdapat butang “Permintaan” dan “Hantar” untuk memudahkan pengurusan wang tunai.

‌Apple Pay‌ dalam aplikasi Mesej juga telah dinamakan semula sebagai “Apple Cash.”

Aplikasi Home

Kini terdapat bar isyarat WiFi yang membolehkan anda memastikan HomePod mempunyai sambungan.

Kawalan Universal (Universal Control)

Dalam iPadOS 15.5, Kawalan Universal tidak lagi dalam versi beta. Ciri ini telah dilancarkan secara rasmi dan pepijat telah dibaiki.

Dalam iPadOS 15.4 dan macOS Monterey 12.3, Kawalan ‌Universal direka bentuk untuk membolehkan anda menggunakan satu tetikus/ pad jejak dan papan kekunci pada berbilang iPad dan Mac.

Kad Apple (Apple Card)

Apple kini merujuk kepada Kad Apple fizikal sebagai “Kad Titanium” dalam aplikasi Wallet.

Pautan luaran dalam aplikasi Pembaca (Reader apps)

iOS 15.5 menambah sokongan “Kelayakan Akaun Pautan Luaran” (External Link Account Entitlement) berfungsi membenarkan aplikasi pembaca menambah pautan ke tapak web luaran untuk tujuan penciptaan dan pengurusan akaun. Pautan luaran akan membenarkan aplikasi seperti Netflix menawarkan cara untuk mendaftar untuk akaun di luar sistem pembelian dalam apl App Store.

Aplikasi pembaca menyediakan kandungan digital seperti majalah, akhbar, buku, audio, muzik atau video dengan Spotify, Netflix, Hulu dan lain-lain.

Memori foto

Apple dalam iOS 15.5 menambahkan senarai “Lokasi Sensitif” (Sentisitve Locations) pada aplikasi Foto yang bermaksud lokasi tersebut disekat daripada muncul dalam kenangan. Termasuk dalam senarai ini ialah pelbagai kem tahanan dan peringatan holocaust.

Apple Music Playback API

iOS 15.5 memperkenalkan semula Apple Music API yang membenarkan pemain Apple Music pihak ketiga menukar kelajuan main balik lagu. API telah dialih keluar dalam iOS 15.4 tetapi dimasukkan semula dalam iOS 15.5.

Apple Classical

Dalam versi beta, terdapat rujukan mengenai “Apple Classical” yang sedang dibangunkan oleh Apple untuk melengkapkan ‌Apple Music‌. Aplikasi ini belum dilancarkan  sebagai sebahagian daripada kemas kini iOS 15.5.

Terdapat “Buka dalam Apple Classical” dan “Buka ini dalam aplikasi baharu yang direka bentuk untuk muzik klasik” dalam kod aplikasi Muzik. Ia mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Apple memperoleh perkhidmatan penstriman muzik klasik Primephonic pada Ogos 2021. Syarikat mengatakan bahawa ia akan membina pengalaman muzik klasik baharu untuk ‌Apple Music‌ sebagai contoh ciri khusus untuk muzik klasik. Aplikasi tersebut akan menggabungkan antara muka pengguna Primephonic serta pengkhususan untuk muzik klasik dengan Apple Music‌‌ dan ciri seperti Lossless dan Audio Spatial. Namun, ciri ini masih dalam pembangunan.

Kemaskini SportsKit

Apple terus membina sokongan “SportsKit” kerana ia berikutan pelancaran Friday Night Baseball dan terdapat aplikasi TV untuk melaporkan markah bagi perlawanan besbol yang berbeza.

Pembaikan automatik

iOS 15.5 menangani pepijat yang boleh menyebabkan automasi rumah (home) melalui sambungan keluar atau gagal.

Keselamatan komunikasi dalam Mesej

iOS 15.5 mengembangkan ciri Keselamatan Komunikasi dalam Mesej di Australia, Kanada, New Zealand dan United Kingdom (UK). Ia direka untuk menapis (filter) imej iMessage yang masuk dan keluar pada peranti kanak-kanak seperti gambar bogel dan beri amaran kepada mereka bahawa foto sedemikian mungkin berbahaya. Foto sedemikian akan menjadi kabur dan kanak-kanak itu akan diberikan sumber daripada kumpulan keselamatan kanak-kanak. Gambar yang dihantar oleh kanak-kanak akan memberi amaran kepada kanak-kanak untuk tidak menghantar imej.

Keselamatan Komunikasi turut fokus pada privasi dan harus diaktifkan oleh ibu bapa. Ia terhad dalam akaun kanak-kanak untuk pengesanan. ia tidak berkaitan dengan fungsi anti-CSAM yang masih dalam pembangunan dan mungkin akan dilancarkan pada masa hadapan.

Pembaikan sekuriti

iOS 15.5 dan iPadOS 15.5 turut menyertakan lebih daripada 25 pembaikan keselamatan seperti yang digariskan pada laman keselamatan Apple. Terdapat pembaikan untuk WebKit, kernel, Wi-Fi, AppleAVD dan banyak lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version