Site icon TechNave BM

Apple lancarkan kemas kini iOS 16, iOS 15.7, iPadOS 15.7, watchOS 9 dan tvOS 16

Semalam, Apple telah melancarkan kemas kini baharu iaitu iOS 16 untuk iPhone 8 dan model yang lebih baharu. Ia akan dipra-pasang pada model iPhone 14 apabila ia mula dijual pada Jumaat ini diikuti dengan iPhone 14 Plus bermula pada 7 Oktober ini.

Bagi mereka yang tidak dapat mengemas kini kepada iOS 16, Apple telah mengeluarkan iOS 15.7 untuk menangani dan membetulkan isu keselamatan termasuk Kenalan (Contacts), Peta (Maps), Safari, Pintasan (Shortcuts) dan WebKit. 

iPadOS 15.7 juga dilancarkan dengan pembaikian yang sama. Kemas kini iPadOS 16 ditangguhkan disebabkan masalah dengan ciri berbilang soal Pengurus Peringkat (Stage Manager). Selain itu, Apple turut mengatakan iPadOS 16.1 mungkin hadir seawal bulan depan.

watchOS 9 pula menampilkan muka jam baharu, pemberitahuan yang direka bentuk semula, sokongan untuk menunjukkan peringkat tidur dalam penjejakan tidur dan aplikasi Ubat (Medications) yang membantu anda menjejaki pengambilan ubat, vitamin dan suplemen. Terdapat juga pilihan senaman tersuai baharu dalam aplikasi Latihan (Workout). Kemas kini ini akan dikeluarkan pada Apple Watch Series 4 dan model yang lebih baharu.

Akhir sekali, Apple TV dengan keluaran tvOS 16 hadir dengan sokongan pengawal game untuk Nintendo Joy-Cons dan Nintendo Pro Controller.

Anda boleh memuat turun kemas kini baharu secara automatik atau manual pada mana-mana peranti yang disokong. Kongsi pengalaman anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version