Site icon TechNave BM

Apple lancarkan warna kuning untuk model iPhone 14 dan 14 Plus

Seperti yang dimaklumkan pada pagi tadi, Apple bakal menyediakan pilihan warna Kuning (Yellowdan ia telahpun diumumkan di laman web rasmi Apple. Warna kuning ini hanya boleh didapati pada model iPhone 14 standard dan juga iPhone 14 Plus.

iPhone 14 dan iPhone 14 Plus mempunyai penutup Ceramic Shield yang tahan lama, reka bentuk dalaman yang dikemas kini untuk prestasi yang lebih baik, pembaikan yang lebih mudah dan hayat bateri yang menakjubkan. 

Kedua-dua model mempunyai sistem dwi-kamera, cip A15 Bionic dan keupayaan keselamatan yang inovatif termasuk SOS Kecemasan melalui satelit dan Pengesanan Kemalangan.

Anda boleh mula membuat untuk pra-tempah pada hari Jumaat ini, 10 Mac 2023 dan mendapatkannya mulai Selasa, 14 Mac ini. iPhone 14 bermula pada harga RM4,199 manakala iPhone 14 Plus bermula pada harga RM4,699.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Apple Newsroom

Exit mobile version