Site icon TechNave BM

Apple larang pekerja gunakan ChatGPT dan platform AI

Baru-baru ini, OpenAI telah mengeluarkan aplikasi ChatGPT rasmi untuk iPhone. Alat ini telah menjadi terkenal kerana menjawab permintaan pengguna dan mampu menyelesaikan isu yang paling mudah kepada yang paling kompleks kerana kecerdasan buatan. Apple, bagaimanapun, tidak mahu pekerjanya menggunakan alat sedemikian.

Apple mengatakan bahawa AI generatif tidak boleh digunakan untuk kerja. Apple bimbang bahawa platform AI seperti ChatGPT boleh mengumpul data sulit daripada pekerja. Memangpun platform ini mengumpul data daripada pengguna untuk menambah baik model bahasa mereka.

Pepijat baru-baru ini turut mendedahkan sejarah sembang pengguna ChatGPT kepada orang lain. ChatGPT sejak itu telah menambah ciri untuk membenarkan pengguna melumpuhkan sejarah sembang mereka dan menarik diri daripada menyumbang kepada latihan model AI. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa teks yang dijana tidak akan disalahgunakan.

Perkara yang sama berlaku untuk maklumat sulit lain kerana pekerja boleh menggunakan ChatGPT untuk mengarang e-mel. Selain ChatGPT, Apple juga telah melarang penggunaan Copilot GitHub di tempat kerj, yang membolehkan pembangun mengautomasikan penulisan kod. Menariknya, kedua-dua platform dimiliki oleh Microsoft.

Apple bukan satu-satunya syarikat yang telah mengharamkan ChatGPT dan platform AI lain di tempat kerja. Dalam beberapa bulan kebelakangan, semakin banyak syarikat telah mengharamkan platform ini kerana kebimbangan tentang potensi risiko mereka. Berikut ialah senarai syarikat yang telah mengharamkan ChatGPT di tempat kerja:

Berkemungkinan trend mengharamkan platform AI ini akan berterusan apabila syarikat semakin menyedari potensi risiko. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9To5Mac

Exit mobile version