Site icon TechNave BM

Apple MacBook Air 15″ kini boleh didapati di Malaysia bermula RM6,199

Kini, Apple MacBook Air 15 inci boleh dibeli di pasaran Malaysia dalam warna Silver, Starlight, Space Grey dan Midnight Apple. Ia berharga bermula pada RM6,199 dan RM6,999.

MacBook Air kali ini berukuran 15 inci, komputer riba yang paling nipis di dunia dengan dengan ketebalan sekitar 11mm. Ia dilengkapi dengan cip Apple M2 dengan CPU 8 teras dan GPU 10 teras serta memori sehingga 24GB dan storan sehingga 2TB.

Skrinnya berukuran 15.3 inci menggunakan IPS LED dengan resolusi retina. Dengan pengecasan penuh, ia boleh bertahan main balik Apple TV sehingga 18 jam. Ia menggunakan bateri litium‑polimer 66.5 watt-hour, dwi-pengecas USB-C 35W, kabel USB-C ke MagSafe 3 dan berkebolehan mengecas pantas dengan pengecas USB-C 70W.

Spesfikasi lain termasuk, sistem imbasan Touch ID pada butang kuasa bagi mereka yang memerlukan sistem keselamatan biometri, hadir dengan papan kekunci Magic Keyboard dan sistem audio dengan enam pembesar suara.

Di hadapan, terdapat satu kamera yang boleh digunakan untuk mesyuarat video dengan resolusi 1080p. Sistem operasi yang digunakan adalah macOS serta hadir dengan waranti dan perkhidmatan terhad.

Anda boleh dapatkan Macbook Air 15″ melalui dalam talian di laman web rasmi Apple. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version