Site icon TechNave BM

Apple MacBook paling murah dalam sejarah? Model “bajet” ini mungkin jadi rebutan

Apple dilaporkan bersedia memperkenalkan model MacBook kelas permulaan baharu seawal Mac 2026 sebagai sebahagian daripada kitaran produk Mac yang lebih agresif tahun ini. Ia dikatakan menyasarkan segmen pelajar dan pengguna kasual dengan harga bawah AS$1,000 (~RM3,900) yang meletakkannya sebagai model MacBook paling mampu milik.

Untuk spesifikasi, MacBook baharu ini dilaporkan akan menggunakan cip A18 Pro berasaskan seni bina Apple Silicon dipadankan dengan paparan LCD, badan aluminium dan buat pertama kali untuk kategori MacBook, ia mungkin hadir dalam pilihan warna lebih ceria seperti biru, hijau, kuning dan merah jambu berbanding pendekatan warna neutral sebelum ini.

Ia juga dijangka dilancarkan serentak atau hampir serentak dengan kemas kini baharu untuk siri MacBook Air dan MacBook Pro dalam tempoh yang sama. Kehadiran MacBook mampu milik dilihat sebagai usaha Apple untuk memperluas ekosistem Mac ke segmen pengguna yang lebih luas khususnya dalam pasaran pendidikan dan penggunaan harian.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version