Site icon TechNave BM

Apple MacBook Pro dengan cip M2 Pro dan M2 Max dilancar di Malaysia, bermula RM8,799

Apple telah melancarkan model baharu dalam siri komputer riba MacBook Pro, di mana ia bakal dilengkapi cipset buatan Apple terbaru iaitu M2 Pro dan M2 Max yang dibina dengan nod proses 5nm untuk prestasi pantas.

Dengan cipset ini, ia menawarkan prestasi yang lebih pantas sehingga enam kali ganda berbanding MacBook Pro yang dilengkapi cipset Intel sebelum ini. MacBook Pro bakal menawarkan hayat bateri sehingga 22 jam, iaitu hayat bateri terpanjang dalam sebuah komputer MacBook.

MacBook Pro bakal dilengkapi Wi-Fi 6E untuk kelajuan internet yang lebih pantas sehingga dua kali ganda berbanding generasi seterusnya, serta port HDMI yang boleh disambungkan dengan paparan luaran 8K.

Ia boleh didapati dalam dua saiz skrin iaitu 14 inci dan 16 inci. Skrin dengan panel Liquid Retina XDR ini boleh memaparkan warna yang cantik dengan dynamic range tinggi dan dengan teknologi ProMotion, ia menawarkan kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz.

Skrin komputer ini boleh mencapai kecerahan puncak sebanyak 1,600 nits, nisbah kontras sehinga 1 juta:1 untuk hitam yang lebih gelap dan putih yang lebih terang, serta menjana 1 bilion warna.

Untuk audio, ia mempunyai enam pembesar suara dan tiga mikrofon. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk MacBook Pro baharu ini:

Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai MacBook Pro. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba canggih ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version