Site icon TechNave BM

Apple MacBook Pro dengan siri cip M3 dilancar di Malaysia, bermula RM7,499

Pada hari ini, Apple telah memperkenalkan barisan komputer riba MacBook Pro serta komputer iMac baharu yang dilengkapi siri cip M3. MacBook Pro baharu ini akan ditawarkan dalam saiz 14 inci dan 16 inci, dan harganya untuk pasaran Malaysia juga sudah diumumkan.

MacBook Pro baharu ini mengekalkan reka bentuk MacBook Pro sebelumnya yang dilengkapi siri cip M2, namun satu warna baharu yang ditawarkan adalah hitam Space Black untuk MacBook Pro yang dilengkapi cip M3 Pro dan M3 Max. Ia mempunyai permukaan tekstur yang mengurangkan kesan cap jari. Untuk mereka yang gemarkan warna biasa, warna perak Silver dan kelabu Space Grey juga masih ditawarkan.

Siri MacBook Pro baharu ini ditawarkan dengan varian M3, M3 Pro dan M3 Max dengan sokongan memori bergabung (unified memory) sehingga 128GB. Siri cip baharu ini dibuat dengan teknologi 3nm bagi meningkatkan prestasi untuk aliran kerja yang lebih pantas dan melakukan multi-tugas untuk perisian profesional seperti penjanaan 3D, penyuntingan video dan pembelajaran mesin (machine learning).

Skrin MacBook Pro mempunyai panel Liquid Retina XDR dengan kandungan SDR yang lebih terang sebanyak 20 peratus, kamera webcam 1080p, enam pembesar suara dan sokongan untuk pelbagai jenis hubungan. Apple berkata baterinya boleh bertahan sehingga 22 jam, bergantung kepada jenis penggunaan.

Berikut adalah beberapa peningkatan yang ditawarkan oleh Apple:

MacBook Pro dengan M3

MacBook Pro dengan M3 Pro

MacBook Pro dengan M3 Max

Berikut adalah senarai harga untuk MacBook Pro baharu ini di Malaysia:

ModelTeras CPUTeras GPUMemori bergabungSSDHarga (RM)
M3 MacBook Pro 148108GB512GB7,499
M3 MacBook Pro 148108GB1TB8,299
M3 Pro MacBook Pro 14111418GB512GB9,999
M3 Pro MacBook Pro 14121818GB1TB11,599
M3 Pro MacBook Pro 14121818GB512GB11,999
M3 Pro MacBook Pro 14121836GB512GB13,599
M3 Pro MacBook Pro 14143036GB1TB14,799
M3 Max MacBook Pro 16143036GB1TB15,999
M3 Max MacBook Pro 16164048GB1TB17,999

Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai siri komputer ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version