Site icon TechNave BM

Apple Malaysia anjurkan promosi khas untuk pelajar, harga diskaun untuk pelbagai peranti bermula RM2,079

Bagi membantu para pelajar mendapatkan akses kepada alat-alat pendidikan, Apple Malaysia kini sedang menganjurkan promosi Back to School yang akan memberikan diskaun terhadap pelbagai peranti Apple.

Apabila para pelajar membeli komputer Mac atau tablet iPad yang terlibat dalam promosi ini, mereka boleh dapatkan diskaun untuk papan kekunci Magic Keyboard dan diskaun sebanyak 20% untuk pelan perlindungan AppleCare.

Selain itu, para pelajar boleh melanggan kepada Apple Music pada harga istimewa iaitu RM8.90 sebulan sahaja. Untuk para pelanggan yang membelinya buat kali pertama, mereka akan mendapatkan akses percuma selama tiga bulan. Lebih menarik adalah pelajar yang melanggan kepada Apple Music juga akan mendapatkan akses percuma kepada Apple TV+.

Para pelajar yang layak untuk mendapatkan promosi ini boleh layari laman web Apple UNiDAYS untuk maklumat lanjut. Berikut adalah senarai peranti Apple yang terlibat dalam promosi ini:

Anda juga boleh layari laman web Apple untuk maklumat penuh mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version