Site icon TechNave BM

Apple Maps sediakan info lebih 8,000 parkir, bantu rancang perjalanan pengguna

Apple telah bekerjasama dengan platform tempat letak kereta pihak ketiga iaitu SpotHero untuk memudahkan pengguna Apple Maps di Amerika Syarikat dan Kanada bagi mencari tempat letak kereta. Apple telah menyepadukan fungsi SpotHero pada versi baharu Apple Store yang akan memaparkan tempat dan garaj tempat letak kereta.

Lokasi yang dipilih adalah berdasarkan kedudukan pengguna pada peta. Pengguna Apple Maps boleh menempah dan membuat prabayar untuk tempat letak kereta anda dalam paparan web SpotHero ini. Anda juga boleh menapis pilihan yang tersedia untuk mencari pilihan tempat letak kereta yang menawarkan parkir valet, keistimewaan, parkir berbumbung dan banyak lagi.

Kebanyakan pilihan tempat letak kereta yang dipaparkan dalam SpotHero adalah berbayar. Tempat letak kereta percuma mungkin tidak disertakan di dalam aplikasi. Ciri ini tersedia di 8,000 lokasi di Amerika Syarikat dan Kanada. Apple Maps telah menyediakan maklumat tempat letak kereta melalui perkhidmatan SpotHero bagi memudahkan pengguna.

Apple mungkin membawakan ciri ini di negara lain kerana dapat membantu pengguna mencari parking serta merancang perjalanan dengan selesa. Namun, kita sama-sama nantikan kenyataan rasmi daripada Apple tentang ketersediaan ciri ini dalam Apple Maps pengguna di Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: MacRumors

Exit mobile version