Site icon TechNave BM

Apple Marina Bay Sands akan dibuka lusa, anda boleh lihat hiasan dalamannya terlebih dahulu

Apple hari ini mengumumkan bahawa Apple Store ketiga yang berada dalam Singapura akan mula beroperasi pada Khamis ini. Apple Marina Bay Sands menampilkan rekaan bangunan sfera yang unik dan ‘terapung’ di atas teluk tersebut.

Apple juga turut mengeluarkan beberapa gambar pratonton awal yang menunjukkan hiasan dalaman kedai tersebut. Bumbung sfera bangunan itu memberikan pemandangan 360 darjah terhadap latar pencakar langit Singapura. Selain itu, perabot dan rekaan dalaman Apple Store ini dihiasi unsur-unsur yang sinonim dengan Apple Store seluruh dunia.

Antara yang menarik dalam Apple Marina Bay Sands adalah The Forum iaitu sebuah pentas yang menampilkan persembahan daripada artis-artis Singapura dan Boardroom yang berada di bawah paras air bagi memberi ruang kepada usahawan dan pembina perisian yang berminat untuk mendapatkan latihan daripada Apple.

The Forum.

Pembukaannya pada Khamis ini hanya dihadkan kepada tetamu terpilih sahaja serta pelanggan yang telah berdaftar dalam laman web ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang Apple Store yang unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Newsroom

Exit mobile version