Site icon TechNave BM

Apple membuang lebih banyak aplikasi dari App Store China atas desakan kerajaan

Apple kini sedang dalam proses membuang ribuan aplikasi dari App Store dalam China. Ini adalah berikutan daripada arahan kerajaan China untuk menghalang penggunaan aplikasi-aplikasi yang tidak diiktiraf oleh kerajaan itu.

Media melaporkan bahawa kebanyakan aplikasi yang dibuang ini terdiri daripada aplikasi game, di mana kerajaan China mengatakan setiap game ini perlu diberi lesen oleh kerajaan China untuk dipasarkan dalam negara itu. Hanya sejumlah kecil game sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

Kumpulan pengguna meramal bahawa sebanyak 3,000 hingga 94,000 aplikasi telah dibuang daripada App Store China pada tahun ini. Apple tidak memberikan kenyataan rasmi tentang pembuangan aplikasi-aplikasi ini, namun Apple menyatakan pelanggannya layak mendapat akses kepada kebebesan bersuara dengan perlindungan bertahap dunia.

Apple juga telah membuang beberapa aplikasi VPN yang digunakan oleh rakyat China untuk memintas sekatan terhadap laman-laman web yang telah dikenakan terhadap rakyat China. Ada juga yang mengeluarkan spekulasi bahawa kerajaan China mahu aplikasi-aplikasi ini dibuang kerana perang dagangan Amerika Syarikat-China yang masih meruncing.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Insider

Exit mobile version