Site icon TechNave BM

Apple menawarkan perisian video dan audio editor percuma selama 90 hari

Kami percaya anda telah mencuba banyak perkara baru sejak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Ini adalah sebuah berita gembira daripada Apple. Apple kini melanjutkan tawaran percubaan percuma aplikasi kreatif Final Cut X Pro selama 90 hari (tempoh asal 60 hari)! Anda mungkin boleh cuba menggunakannya di rumah.

Untuk yang masih tidak tahu, Final Cut X Pro adalah aplikasi pengeditan video dan audio yang dibangunkan oleh Apple. Bagi penggiat teknologi yang terlibat dengan kerja penyuntingan video, semestinya anda sudah tahu tentang kewujudan aplikasi ini. Apa pun, tawaran percuma ini adalah selama tempoh percubaan (90 hari) sahaja. Klik pada pautan ini jika anda ingin mencubanya dan untuk mengetahui harga selepas tempoh percubaannya!

Sebagai tambahan, sumber melaporkan Apple juga bakal mengeluarkan satu lagi tempoh percubaan percuma untuk aplikasi kreatif, Logic Pro X. Namun, masih tiada maklumat rasmi tentang tarikh ianya tersedia untuk dicuba secara percuma (tempoh 90 hari percubaan).

Beritahu kami di laman Facebook jika anda sudah mencubanya! Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version