Site icon TechNave BM

Apple mengeluarkan aksesori “flash” luaran untuk iPhone, iPad, Macbook dan peranti lain

United States Patent and Trademark Office (USPTO) telah mengeluarkan paten kepada Apple iaitu aksesori yang direka untuk digunakan dengan iPhone, iPad, MacBook dan peranti lain. Aksesori yang dinyatakan adalah lampu kilat luaran (external flash) dengan sambungan berwayar melalui antara muka (interface) Lightning dan sambungan wayarles melalui Wi-Fi.

Kami menjangkakan lampu kilat luaran akan menyala pada masa yang sama dengan lampu kilat yang terbina dalam peranti. Untuk penyegerakan pula, isyarat kawalan yang dikeluarkan oleh peranti boleh digunakan di mana ia mengandungi data tentang status kilat luaran dan dalaman. 

Pada masa ini tidak diketahui akan kehadiran lampu kilat luaran dalam pasaran. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version