Site icon TechNave BM

Apple mengemas kini panduan untuk bersihkan iPhone anda

Sewaktu penularan wabak COVID-19 semakin menular di seluruh dunia, ramai orang meningkatkan kesedaran mereka terhadap kebersihan sendiri dan persekitaran mereka. Ini termasuklah membersihkan telefon pintar, di mana ia boleh menjadi objek yang paling kotor jika ia tidak dibersihkan secara kerap. Untuk menggalakkan penggunaan telefon yang bersih, Apple telah mengemas kini panduan membersihkan iPhone dan lain-lain peranti Apple.

Sebagai permulaan, skrin iPhone boleh dilap menggunakan kain lembut seperti pengelap cermin mata dan cecair alkohol isopropyl 70% atau pun tisu pembasmi kuman (disinfecting wipes). Jangan gunakan peluntur (bleach) atau udara termampat (compressed air). Sewaktu membersihkan iPhone, elakkan daripada melembapkan sebarang penghubung seperti lightning port.

Sebelum ini Apple hanya menggalakkan air tetapi kini syarikat itu mengesyorkan penggunaan alkohol untuk membersihkan iPhone anda. Sebenarnya ini bukanlah panduan yang bagus untuk iPhone sahaja, tetapi semua telefon pintar boleh dibersihkan menggunakan panduan ini.

Jika anda ingin mendapatkan alkohol isopropyl, anda boleh membelinya di farmasi berdekatan. Kongsi nasihat pembersihan telefon anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Support

Exit mobile version