Site icon TechNave BM

Apple mengesahkan kelewatan jualan iPhone pada tahun ini

Dengan penularan wabak COVID-19 yang telah menjejaskan pelbagai industri antarabangsa, terdapat banyak khabar angin yang mengatakan iPhone 12 akan dilancarkan dengan lebih lewat berbanding iPhone-iPhone sebelum ini. Kini maklumat terbaru daripada Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Apple telah mengesahkan khabar tersebut.

Sewaktu sebuah mesyuarat laporan keuntungan (earnings call) untuk suku fiskal ketiga 2020, CFO Apple Luca Maestri telah mengesahkan bahawa iPhone untuk tahun 2020 akan dilancarkan lewat beberapa minggu berbanding biasa. Sebelum ini, Apple mula menjual iPhone pada akhir bulan September.

Menurut laporan sebelum ini, Apple akan masih melancarkan iPhone baru pada bulan September namun hanya akan mula menjualnya pada bulan Oktober. Selain itu, syarikat cipset Qualcomm juga telah memberi petunjuk tentang kelewatan ini, di mana mereka mengatakan akan terdapat sedikit kelewatan terhadap sebuah plancaran peranti flagship pada suku keempat tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version