Site icon TechNave BM

Apple mengimpikan reka bentuk iMac seperti sekeping kaca melengkung

Adakah anda merupakan pengguna iMac yang bergaya? Berita khabar angin ini mungkin ditujukan kepada anda. Apple telah memohon paten untuk reka bentuk komputernya yang baru kepada US Patent and Trademark Office (USPTO).

Sumber melaporkan gambar paten ini memaparkan ruang input dan ruang paparan yang dimuatkan dalam satu kaca melengkung. Melihat kepada gambar paten ini sahaja, kami sudah mampu membayangkan reka bentuknya yang bergaya.

Apa yang menariknya, aplikasi paten ini memperlihatkan lengkungan yang boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanannya. Lengkungan yang boleh dilipat itu kelihatannya seperti ruang sentuh touchpad.

Struktur sokongan di bahagian belakang yang mungkin mengandungi unit pemprosesan
MacBook boleh dimasukkan ke dok (dock) komputer
Seperti yang dinyatakan, lengkungan boleh lipat

Apa pun, aplikasi paten mungkin sebahagian daripada perancangan komputer baru ini sahaja. Perancangan ini mungkin diubah suai atau disesuaikan kembali dengan paten lain. Nantikan berita sebegini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda merupakan salah seorang pengguna setia iMac? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: USPTO melalui The Verge

Exit mobile version