Site icon TechNave BM

Apple mungkin akan bina iPhone dengan rekaan sisi seperti penyagat keju

Jika anda masih ingat, Apple melancarkan Mac Pro pada tahun Disember 2019 dengan rekaan yang agak luar biasa. Komputer meja ini dilihat seperti alat penyagat keju dan terdapat sumber yang pernah benar-benar mencuba untuk menyagat keju dengannya. Kini, Apple mungkin akan mengaplikasikan rekaan sama kepada peranti iPhone.

Menurut sumber, Apple telah memfailkan paten baharu untuk iPhone yang menampilkan rekaan seperti Mac Pro. Ia menggabungkan beberapa permukaan yang akhirnya akan membentuk corak seakan penyagat keju. Apple mendakwa bahawa rekaan ini boleh melepaskan haba dnegan lebih baik berbanding rekaan yang biasa. Sememangnya, corak yang berlubang-lubang pastinya akan meningkatkan tahap pengaliran udara.

Walau bagaimanapun, rekaan sebegini pastinya memberi kesan buruk terhadap ciri tahan air. Jadi, walaupun ia dipatenkan, kita mungkin tidak akan dapat melihat iPhone sebenar dengan rekaan sebegini kecuali Apple mampu untuk menyelesaikan masalah tahan air.

Apakah pendapat anda mengenai paten seperti penyagat keju ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version